Pengelasan Tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan
dapat dikelaskan kepada dua kumpulan utama iaitu tumbuhan berbunga dan tumbuhan
tidak berbunga. Tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan bunga dipanggil tumbuhan
berbunga. Tumbuh-tumbuhan yang tidak menghasilkan bunga dipanggil tumbuhan
tidak berbunga.
Tumbuhan Berbunga
Tumbuhan
berbunga menghasilkan bunga, biji dan buah. Bunga biasanya berkembang menjadi
buah. Tumbuhan jenis ini menghasilkan bunga untuk pembiakan. Tumbuhan berbunga
dapat dibahagikan kepada monokotiledon dan dikotiledon.
Tumbuhan Dikotiledon
ciri
tumbuhan dikotiledon
Ciri-ciri
tumbuhan dikotiledon ialah:
1) Daun
berurat jejala
2) Biji
benih mempunyai dua kotiledon
3) Batang
biasanya berkayu
4) Mempunyai
sistem akar tunjang
5) Mempunyai
empat atau lima ranggi
6) Contoh
tumbuhan dikotiledon ialah durian, rambutan, getah dan lain-lain.
ciri
tumbuhan monokotiledon
Tumbuhan Monokotiledon
Ciri-ciri
tumbuhan monokotiledon ialah:
1) Daun
berurat selari
2) Biji
benih mempunyai satu kotiledon
3) Batang
tidak berkayu (lembut)
4) Mempunyai
sistem akar serabut
5) Contoh
tumbuhan monokotiledon ialah jagung, rumput, tebu, pisang, padi, kelapa, orkid
dan lain-lain.
Perbezaan
tumbuhan dikotiledon dan monokotiledon
Tumbuhan Tidak Berbunga
Tumbuh-tumbuhan
tidak berbunga tidak menghasilkan bunga, buah dan biji benih. Tumbuh-tumbuhan
ini membiak melalui spora atau belahan dedua. Tumbuh-tumbuhan tidak berbunga
dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu alga, lumut, paku-pakis dan kulat.
Alga
Klamidomonas
Spirogira
Ciri-ciri
alga ialah:
1) Alga
hidup di darat dan laut
2) Berwarna
hijau berklorofil
3) Tidak
mempunyai batang, akar dan daun yang sebenar
4)
Menghasilkan spora untuk pembiakan
5) Contoh:
spirogira, klamidomonas dan rumpai laut
Lumut
Lumut hati
Ciri-ciri
lumut ialah:
1) Hidup di
tempat yang lembap berair
2) Mempunyai
daun berklorofil dan rizoid sebagai akar
3) Boleh
membuat makanan sendiri
4)
Menghasilkan spora untuk pembiakan
5) Contoh:
lumut hati, lumut biasa
Paku-pakis
Ciri-ciri
paku-pakis ialah:
Paku-pakis
1) Hidup di
kawasan lembap dan teduh
2) Mempunyai
batang, daun berklorofil, dan akar serabut
3) Menghasilkan
spora untuk pembiakan
4) Contoh:
paku resam, paku gajah
Kulat
Ciri-ciri
kulat ialah:
Kulat
Tetupai
Cendawan
1) Hidup di
kawasan lembap
2) Tidak
mempunyai batang, akar dan daun yang sebenar
3) Tidak
berklorofil dan tidak boleh berfotosintesis
4)
Menghasilkan spora untuk pembiakan
5) Contoh:
Yis, mukor, cendawan, kulat tetupai
tumbuhan bijinya berkeping tunggal (atau monokotil) adalah salah satu dari dua kelompok besar tumbuhan berbunga yang secara klasik diajarkan; kelompok yang lain adalah tumbuhan bijinya berkeping dua atau dikotil. Ciri monokotil yang paling khas adalah bijinya tunggal karena hanya memiliki satu daun lembaga,berakar serabut, daun berseling, tumbuhan biji berkeping satu, tulang daun sejajar dan berbentuk pita . Kelompok ini diakui sebagai takson (sebagai kelas maupun subkelas) dalam berbagai sistem klasifikasi tumbuhan dan mendapat berbagai nama, seperti Monocotyledoneae, Liliopsida, dan Liliidae.
Berdasarkan analisis filogeni, kelompok ini diketahui bersifat monofiletik atau holofiletik. Sistem klasifikasi APG II mengakui monokotil sebagai klad yang disebut monocots. Kelompok tumbuhan ini mencakup berbagai tumbuhan paling berguna dalam kehidupan manusia. Sebagai sumber pangan, sumber energi nabati, sumber bahan baku industri, perumahan, dekorasi, pakaian, media penulisan, zat pewarna, dan sebagainya.
Terdapat sekitar 50 ribu hingga 60 ribu jenis yang telah dikenal; menurut IUCN terdapat 59.300 jenis. Orchidaceae (suku anggrek-anggrekan) adalah suku yang memiliki anggota terbesar dalam dunia tumbuhan berbunga, dengan 20 ribu jenis.
Anggota suku padi-padian (Poaceae atau Graminae) dikenal sebagai suku dengan areal penanaman terluas di dunia karena nilai pentingnya sebagai sumber bahan pangan. Suku-suku lainnya yang tak kalah penting adalah suku pinang-pinangan (Arecaceae atau Palmae), suku bawang-bawangan (Alliaceae), suku temu-temuan (Zingiberaceae), dan suku pisang-pisangan (Musaceae). Banyak juga di antaranya yang dibudidayakan sebagai tanaman hias.
Komentar
Posting Komentar